Merupakan penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan dia kawan
Di waktu kita buntu, dia menjadi penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pada pendirian
Ilmu yang dia beri dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikannya  pakaian
Silap kita, dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada kita kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu
Harta pun dijaga teguh

Insya Allah segala yang baik yang dimiliki Akan kekal untuk diwarisi
Subhanalloh walhamdulillah

(kiriman Safitri)